Monday, January 4, 2010

ADAT RESAM MELAYU - DEKORASI PELAMIN

"Manusia Hawa dijadikan dari rusuk manusia Adam
dan bukan dari kepalanya untuk dijunjung,
dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas
tetapi adalah dari sisinya untuk dijadikan teman hidup,
dekat dengan lengannya untuk dilindungi,
dan dekat dengan hatinya untuk disayangi."

Sebelum majlis persandingan dijalankan, pelamin akan disiapkan terlebih dahulu. Pelamin adalah berbentuk seperti suatu singgahsana yang dilengkapi dengan bangku atau dua buah kerusi yang dipanggil peterakna sebagai tempat duduk kedua-dua pengantin tersebut semasa persandingan dijalankan.

Pelamin diperbuat daripada kayu dan kertas tebal yang dibalut dan dihiasi dengan bunga-bunga segar dan kain-kain sutera yang berwarna-warni mengikut tema yang dipersetujui oleh pasangan pengantin. Biasanya bagi masa dahulu, terdapat pelbagai pelita kecil yang bermacam warna diletakkan di sekeliling bagi menambah keindahannya. Tetapi sekarang, semuanya telah diubah suai mengikut peredaran masa.Lampu-lampu yang bermacam jenis dan bentuk serta warna telah diletakkan agar pelamin tampak menyerlah dan cantik.



Besar atau kecil, mahal atau murah, dan elok atau buruknya pelamin itu adalah bergantung kepada kemampuan tuan rumah dan kepandaian tukang pelamin tersebut. Ketinggian pelamin biasanya adalah dua atau tiga tingkat, dan setiap satu tingkat hanyalah lebih kurang satu kaki sahaja tingginya. Dahulu peterakna atau kaus tempat duduk pengantin semasa bersanding akan dibalut dengan kain sutera atau baldu berwarna-warni dan bertekat sulam yang indah, tetapi sekarang peterakna ini mempunyai pelbagai jenis,rupabentuk dan warna. Peterakna itu diletakkan di tingkat yang atas sekali dan di hadapannya diletakkan satu pahar yang dipanggil oleh orang Melayu dengan nama astakona. Ia berisi nasi kunyit yang dihiasi dengan bunga-bunga telur bercelup merah dan di kemuncak gubahan nasi kunyit itu dicacakkan sejambak karangan bunga yang diperbuat daripada kertas perada dan manik jemeki yang berwarna-warni dan berkilauan.



Untuk memenuhi permintaan pasangan pengantin dan juga peredaran masa kini,pelbagai dekorasi pelamin dapat dilihat.Semuanya cantik-cantik dan menarik.Penggunaan bunga segar seperti mawar merah dan putih pula menjadi kegemaran di masa kini.Pelamin........walaupun ia tidak wajib tetapi menjadi satu keperluan yang penting kepada pasangan pengantin.


*******************
Gambar Oleh: VillaPengantin
Untuk keterangan lanjut: 0163400028 [En.Roslan]
Perkhidmatan: Dekorasi pelamin,gubahan hantaran,katering,fotografi

Sunday, January 3, 2010

YANG MENARIK DI PUTRAJAYA

Ingin ke Putrajaya tetapi tidak tahu kemana harus dituju?

Untuk membantu anda, disini saya akan kongsi tempat-tempat yang menarik dan cantik untuk anda lawati.

Masjid Putra, Putrajaya



















Masjid Besi, Putrajaya














Putrajaya International Convention Center (PICC)














Jambatan Seri Wawasan















Cruise Tasik Putrajaya















Istana Kehakiman















Taman Wetland




Pusat beli belah Alamanda
















Dibawah ini saya sertakan peta bagi putrajaya.Harap dapat membantu anda:


















TAMAN WETLAND PUTRAJAYA


Taman Wetland di Putrajaya adalah taman wetland buatan manusia yang pertama di Malaysia. Taman Wetland ini terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu Taman Wetland (138 hektar) dan kawasan wetland (1977 hektar).

Wetland Putrajaya merangkumi habitat yang berbeza-beza iaitu kawasan rawang, hutan paya dan kawasan air terbuka.

Pusat Penghayatan Alam adalah pusat maklumat wetland yang serba lengkap demi memenuhi keperluan pengunjung sasaran yang berbeza, dari kanak-kanak sehinggalah dewasa. Bahan-bahan yang dipamerkan di pusat ini amat menarik.


Di Wetland Putrajaya terdapat pelbagai jenis burung yang berkeliaran di sungai.Amat menarik sekali.Ramai pengunjung yang juga peminat burung-burung ini datang untuk mengambil gambar sambil bersiar di taman ini.

Untuk pengetahuan anda, Taman Wetland dibuka setiap hari mulai 9 pagi hingga 7 malam.

Bagi sesiapa yang ingin mengenali taman ini secara lebih menyeluruh dan mendalam,saya syorkan buku :

Tajuk : PUTRAJAYA WETLANDS

Diterbitkan :Perbadanan Putrajaya

Edisi :1999

Pengedar:
1)ANGKASA GHD ENGINEERS SDN BHD
2)MESRA HIJAU SDN BHD
3)MALIK LIP & ASSOCIATES
4)WETLANDS INTERNATIONAL


















Dibawah ini adalah peta Putrajaya dan Taman Wetland sebagai panduan

TAMAN PERMAINAN CYBERJAYA


Hari Jumaat yang lalu saya dan suami telah membawa anak2 saudara ke taman permainan yang terletak di cyberjaya.Itu ada lah kali pertama saya kesana.Mula2 agak sangsi sikit dan ingatkan suami hanya bergurau untuk membawa kami ke taman permainan kanak2 sebab saya tidak menjangkakan tempat yang sebegitu di cyberjaya.

Sampainya kami di sana saya memang terkejut.Tempat permainan tu besar sangat dan amat cantik.Anak buahku apa lagi...bersoraklah mereka.Memang seronok tengok mereka bermain.Nampak mereka gembira sangat-sangat.

Taman tu dilengkapi kemudahan-kemudahan seperti tempat beriadah,bersenam,tempat permainan kanak-kanak dan banyak lagi.Meja dan kerusi disediakan di tepi tasik di bawah rimbunan pepohon bagi sesiapa yang ingin makan dan bersantai.

Permandangan amatlah cantik.Ada jambatan menghubungkan ke tengah pulau di tasik. Tapi saya tak sempat jalan2 kesitu.

Kalau sesiapa yang ingin membawa anak-anak beriadah dan bermain....tempat ini memang sesuai sangat.Tempat ni sesuai untuk keluarga bersantai.Cubalah....saya pasti ana anda mesti menyukainya.

Friday, November 20, 2009

Permata Hatiku


Ini lah buah hati kesayanganku.Hari2 dok melayan kerenah dia jerk.Aku yg dulunyer tak pandai nak masak2 kuih muih ni skrg dah pandai lak.Macam2 kuih aku dah try utk anakku tersayang ni.Walaupun dia mkn tak byk tapi aku seronok dpt masak macam2 utk dia.Hepi jerk tgk waktu dia mkn.Puas hati.

Thursday, November 19, 2009

YEAAAAAHHHH.........I'm a blogger

Assalamualaikum,

akhirnya terhasil gak impian aku nak bukak blog ni.Niatnyer dah lama tapi asyik bz jerk.Hari2 aku sebagai surirumah dan ibu sepenuh masa amat memenatkan dan memang takderk masa terluang.Tapi dalam penat2 pun aku tetap hepi tiap kali tgk permata hati aku yg comel sorang ni dok main sambil gelak2.seronok sangat.Pengalaman menjadik sorg isteri mematangkan aku...pengalaman menjadi seorg ibu pula mengajar aku erti sabar yg mendalam.Pengalaman yg sungguh bermakna.Cukuplah kut sebagai permulaan blog aku....nanti2 sambung lagi....