Sunday, January 3, 2010

TAMAN PERMAINAN CYBERJAYA


Hari Jumaat yang lalu saya dan suami telah membawa anak2 saudara ke taman permainan yang terletak di cyberjaya.Itu ada lah kali pertama saya kesana.Mula2 agak sangsi sikit dan ingatkan suami hanya bergurau untuk membawa kami ke taman permainan kanak2 sebab saya tidak menjangkakan tempat yang sebegitu di cyberjaya.

Sampainya kami di sana saya memang terkejut.Tempat permainan tu besar sangat dan amat cantik.Anak buahku apa lagi...bersoraklah mereka.Memang seronok tengok mereka bermain.Nampak mereka gembira sangat-sangat.

Taman tu dilengkapi kemudahan-kemudahan seperti tempat beriadah,bersenam,tempat permainan kanak-kanak dan banyak lagi.Meja dan kerusi disediakan di tepi tasik di bawah rimbunan pepohon bagi sesiapa yang ingin makan dan bersantai.

Permandangan amatlah cantik.Ada jambatan menghubungkan ke tengah pulau di tasik. Tapi saya tak sempat jalan2 kesitu.

Kalau sesiapa yang ingin membawa anak-anak beriadah dan bermain....tempat ini memang sesuai sangat.Tempat ni sesuai untuk keluarga bersantai.Cubalah....saya pasti ana anda mesti menyukainya.

No comments:

Post a Comment