Monday, January 4, 2010

ADAT RESAM MELAYU - DEKORASI PELAMIN

"Manusia Hawa dijadikan dari rusuk manusia Adam
dan bukan dari kepalanya untuk dijunjung,
dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas
tetapi adalah dari sisinya untuk dijadikan teman hidup,
dekat dengan lengannya untuk dilindungi,
dan dekat dengan hatinya untuk disayangi."

Sebelum majlis persandingan dijalankan, pelamin akan disiapkan terlebih dahulu. Pelamin adalah berbentuk seperti suatu singgahsana yang dilengkapi dengan bangku atau dua buah kerusi yang dipanggil peterakna sebagai tempat duduk kedua-dua pengantin tersebut semasa persandingan dijalankan.

Pelamin diperbuat daripada kayu dan kertas tebal yang dibalut dan dihiasi dengan bunga-bunga segar dan kain-kain sutera yang berwarna-warni mengikut tema yang dipersetujui oleh pasangan pengantin. Biasanya bagi masa dahulu, terdapat pelbagai pelita kecil yang bermacam warna diletakkan di sekeliling bagi menambah keindahannya. Tetapi sekarang, semuanya telah diubah suai mengikut peredaran masa.Lampu-lampu yang bermacam jenis dan bentuk serta warna telah diletakkan agar pelamin tampak menyerlah dan cantik.



Besar atau kecil, mahal atau murah, dan elok atau buruknya pelamin itu adalah bergantung kepada kemampuan tuan rumah dan kepandaian tukang pelamin tersebut. Ketinggian pelamin biasanya adalah dua atau tiga tingkat, dan setiap satu tingkat hanyalah lebih kurang satu kaki sahaja tingginya. Dahulu peterakna atau kaus tempat duduk pengantin semasa bersanding akan dibalut dengan kain sutera atau baldu berwarna-warni dan bertekat sulam yang indah, tetapi sekarang peterakna ini mempunyai pelbagai jenis,rupabentuk dan warna. Peterakna itu diletakkan di tingkat yang atas sekali dan di hadapannya diletakkan satu pahar yang dipanggil oleh orang Melayu dengan nama astakona. Ia berisi nasi kunyit yang dihiasi dengan bunga-bunga telur bercelup merah dan di kemuncak gubahan nasi kunyit itu dicacakkan sejambak karangan bunga yang diperbuat daripada kertas perada dan manik jemeki yang berwarna-warni dan berkilauan.



Untuk memenuhi permintaan pasangan pengantin dan juga peredaran masa kini,pelbagai dekorasi pelamin dapat dilihat.Semuanya cantik-cantik dan menarik.Penggunaan bunga segar seperti mawar merah dan putih pula menjadi kegemaran di masa kini.Pelamin........walaupun ia tidak wajib tetapi menjadi satu keperluan yang penting kepada pasangan pengantin.


*******************
Gambar Oleh: VillaPengantin
Untuk keterangan lanjut: 0163400028 [En.Roslan]
Perkhidmatan: Dekorasi pelamin,gubahan hantaran,katering,fotografi

No comments:

Post a Comment