Taman Wetland di Putrajaya adalah taman wetland buatan manusia yang pertama di Malaysia. Taman Wetland ini terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu Taman Wetland (138 hektar) dan kawasan wetland (1977 hektar).
Wetland Putrajaya merangkumi habitat yang berbeza-beza iaitu kawasan rawang, hutan paya dan kawasan air terbuka.
Pusat Penghayatan Alam adalah pusat maklumat wetland yang serba lengkap demi memenuhi keperluan pengunjung sasaran yang berbeza, dari kanak-kanak sehinggalah dewasa. Bahan-bahan yang dipamerkan di pusat ini amat menarik.
Di Wetland Putrajaya terdapat pelbagai jenis burung yang berkeliaran di sungai.Amat menarik sekali.Ramai pengunjung yang juga peminat burung-burung ini datang untuk mengambil gambar sambil bersiar di taman ini.
Untuk pengetahuan anda, Taman Wetland dibuka setiap hari mulai 9 pagi hingga 7 malam.
Bagi sesiapa yang ingin mengenali taman ini secara lebih menyeluruh dan mendalam,saya syorkan buku :
Tajuk : PUTRAJAYA WETLANDS
Diterbitkan :Perbadanan Putrajaya
Edisi :1999
Pengedar:
1)ANGKASA GHD ENGINEERS SDN BHD
2)MESRA HIJAU SDN BHD
3)MALIK LIP & ASSOCIATES
4)WETLANDS INTERNATIONAL
No comments:
Post a Comment